BAHAYA COVID 19

Posted on March 11th, 2020

BAHAYA COVID 19

Antara cara mencegah dari dijangkiti novel coronavirus paling utama sekali adalah dengan menjaga kebersihan tangan anda pada setiap masa. Selain dari menggunakan hand sanitiser, anda disarankan juga untuk kerap membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih. Selain itu, elakkan daripada kerap menyentuh bahagian muka seperti mulut, hidung dan mata di mana kita sering melakukannya tanpa sedar.

Cara pencegahan yang lain termasuk:

  • Pakai topeng muka dengan betul (bahagian putih di dalam, biru di luar)
  • Bawa sekali dan simpan hand sanitiser di dalam bag 
  • Sentiasa cuci tangan sebelum makan
  • Jaga diri semasa di dalam pengangkutan awam dan elakkan dari menyentuh muka anda
  • Bawa tisu dan tutup mulut anda apabila batuk atau bersin dan jangan buang tisu tersebut merata-rata
  • Sentiasa desinfeksi peralatan dan telefon anda

Justeru itu, sekiranya anda mengalami simptom-simptom coronavirus seperti di atas, adalah disarankan untuk anda segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Pihak KKM juga menyediakan senarai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih 2019-nCoV seperti gambar di bawah:

Sumber Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)