Selamat petang, harini admin tulis la sikit untuk mengimbau tahun 2021 yang lalu tentang pengalaman pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun 2021 itu.
1. Olimpik 2020 Ditunda Ke Tahun 2021
Sumber: Berita Harian
Malaysia membawa pulang 1 Pingat Perak oleh Pelumba Basikal Trek Malaysia Dato'Muhammad Azizulhasni bin Awang (Track cycling) dan 1 lagi Pingat Gangsa oleh Pemain Beregu Lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia (Men's doubles)
2. Suntikan Vaksin Covid-19 Pertama di Malaysia
Sumber: Sinar Harian
Pada 24 Februari 2021 tarikh, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin telah mengambil suntikan Vaksin Covid-19 pertama di Malaysia bagi mengyakinkan rakyat untuk mengambil suntikan tersebut bagi mencegah penyakit Covid-19 menjadi lebih teruk.
3. Kes Harian Covid Tertinggi di Malaysia
Sumber: Covid-19 Malaysia
Pada 26 Ogos 2021 Malaysia digemparkan dengan kes harian Covid-19 yang mencecah lebih daripada 24, 599 ribu orang. Keadaan ini sangat membimbangkan Negara kerana pada tarikh itu, jumlah kematian juga telah mencecah lebih daripada 10 ribu mangsa.
4. Juara Piala Malaysia 2021
Sumber: Malay Mail
Kuala Lumpur City FC menjuarai Piala Malaysia pada 2021 setelah menghadapi kemarau kemenangan selama 32 tahun.
5.Pusat Pelancongan Utama Dibuka Semula (Langkawi)
Sumber: MStar
Pusat pelancongan utama dibuka semula selepas PKP pada 15 November 2021. Ia juga tidak mengehadkan jumlah pelancong yang memasuki pusat pelancongan tersebut dengan syarat lengkap dua dos vaksinasi.
Itu sahajalah 5 kompilasi berita pada tahun 2021, saya harap pembaca-pembaca semua gembira dengan membaca artikel yang admin buat ni ;)
Terima kasih kerana membaca artikel admin ;)
Korang boleh jugak melayari link di bawah ni untuk membuat booking, membaca info, dan membeli pakej-pakej menarik di Shopee ;)