5 TEMPAT MENARIK UNTUK MELIHAT PERTUNJUKKAN BUNGA API DI MALAYSIA
Posted on December 31st, 2021
5 TEMPAT MENARIK UNTUK MELIHAT PERTUNJUKKAN BUNGA API DI MALAYSIA
Pejam celik, Pejam Celik dah hujung tahun. Selang beberapa hari lagi tibalah Tahun 2022 dan selamat tinggal Tahun 2021. Masa untuk membuka buku baharu untuk Tahun hadapan. Sepanjang Tahun 2021 ini Negara kita Malaysia, telah menempuhi pelbagai cabaran yang datang. Antaranya adalah Pandemik Covid-19 dan banjir di sesetengah negeri. Admin doakan agar mereka yang terkesan dengan situasi begini akan dapat menempuh segala cabaran yang akan datang.
Tanpa lari dari tajuk, jom admin tunjukkan 5 Tempat menarik yang korang kene pergi untuk saksikan pertunjukkan bunga api pada hujung tahun/tahun baru ini. (Jangan Lupa Amakan SOP)
1. DATARAN MERDEKA
Sumber: Mstar
Siapa je tak tau tempat bersejarah Malaysia ni, Kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis pertunjukkan bunga api. Kalau korang bernasib baik, korang pun akan dapat menyaksikan pertunjukkan Dron di langit.
2. KLCC
Sumber: Pinterest
KLCC adalah salah satu kebanggaan daripada Malaysia, kerana ia merupakan menara berkembar paling tinggi di dunia. Justeru ia membuatkannya salah satu tempat yang menarik untuk melihat bunga api.
3. I-CITY, SHAH ALAM
Sumber: The Star
I-City Shah Alam ataupun digelar bandar cahaya. Dekat sini penuh dengan hiasan lampu dengan pelbagai corak yang menarik, dan ianya juga menimbulkan suasana yang agak romantik. Korang pun boleh try bawa pasangan korang ke sini.
4. BUKIT AMPANG
Sumber: FMT
Nak tengok pertunjukkan bunga api berlatarbelakangkan kawasan bandar. Anda perlu pergi ke Bukit Ampang. Kawasannya juga amat nyaman memang lokasi yang sangat sesuai untuk melihat pertunjukkan bunga api ini.
5.TAMAN TASIK TITIWANGSA
Sumber: Berita Harian
Bawa peralatan kamera anda sekarang, ready? Set, Shoot. Lokasi yang sangat sesuai untuk anda menangkap gambar suasana Tahun Baru dan pertunjukkan bunga api.
Itu dia 5 lokasi yang sangat sesuai untuk melihat pertunjukkan bunga api (Lokasi-lokasi yang admin tulis ni mungkin tiada pertunjukkan bunga api pada tahun ini, Harap Maklum.). Plan dulu gais nak spend time dengan family kat mana time hujung tahun ni. Apa-apa pun all the best to you guys, moga tahun depan lebih baik dari tahun ini and Happy New Year Guys !!!!!!
Terima kasih kerana membaca artikel admin ;)
Korang boleh jugak melayari link di bawah ni untuk membuat booking, membaca info, dan membeli pakej-pakej menarik di Shopee ;)