5 BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI SELANGOR

Posted on December 21st, 2021

5 BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI SELANGOR

5 BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI SELANGOR

 

Tarikh 18/12/2021 adalah tarikh yang akan menjadi sejarah pada warga Negeri Selangor, kerana pada tarikh itu merupakan tragedi yang membuatkan ramai yang kehilangan dan kerugian harta benda.

 

Bagi mereka yang masih terperangkap ataupun masih memerlukan bantuan anda boleh hubungi nombor di bawah mengikut kawasan yang anda berada sekarang.

 

Sumber: APM Selangor

 

1. BANTUAN MAKANAN

Sumber: Malaysia Dateline

Bantuan makanan sedang diagihkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir, bagi mereka yang belum mendapat bantuan ini, harap bertabah dengan situasi yang sedang anda alami sekarang ini.

 

 

2. BANTUAN TENTERA

Sumber: Gemilang Daily

Seramai 63 pegawai dan 856 anggota penyelamat telah dikerahkan ke kawasan yang telah dilanda banjir untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap dan memindahkan mangsa banjir ke pusat perlindungan.

 

3. PENGGANTIAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI SECARA PERCUMA

Sumber: Astro Awani (Gambar Sebagai Hiasan)

Kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang cas untuk memperbaharui dokumen pengenalan diri bagi mereka yang kehilanganya.

 

4. BANTUAN DARIPADA MAYBANK

Sumber: Kosmo

Maybank telah menawarkan bantuan untuk pelanggannya yang telah melanggan pelan insuran ETIQA. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web mereka dengan klik link ni Maybank Flood Reliefs

 

5. BANTUAN RM1000 DARIPADA KERAJAAN

Sumber: Gkerjaya

Kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM1000 untuk membantu rakyat yang terjejas akibat banjir. Cara untuk bantuan wang itu diedarkan masih lagi belum dikemukan harap agar rakyat yang masih terjejas dengan banjir besabar dengan keadaan semasa.

 

Admin harap artikel ni dapat membantu korang dari segi info-info yang korang perlu tahu tentang bantuan-bantuan yang diperuntukkan dalam waktu sebegini.