5 TEMPAT DI KUANTAN YANG ANDA HARUS PERGI PADA CUTI SEKOLAH INI!

Posted on December 10th, 2021

5 TEMPAT DI KUANTAN YANG ANDA HARUS PERGI PADA CUTI SEKOLAH INI!

5 TEMPAT DI KUANTAN YANG ANDA HARUS PERGI PADA CUTI SEKOLAH INI!

 

Bulan 12, bulan yang sangat gembira dan kadangkala sedih apabila mengenang perkara-perkara yang telah dilakukan sepanjang tahun di 2021 ini, jadi apa kata korang yang dah mula bercuti pada bulan 12 ini pergi bercuti di Kuantan, Pahang.

Tak tau nak pergi mana? Meh Admin nak share 5 Tempat yang korang boleh pergi ;)

 

1. Teluk Cempedak

Sumber: Negeri Pahang

 

Nikmati suasana pantai dengan angin yang nyaman ditemani dengan bunyi ombak yang menenangkan. Bagi korang yang ingin bercuti di Kuantan dengan keluarga, inilah destinasi yang terbaik untuk anda. TIPS: Jangan Lupa bawa Krim Pelindung Matahari.

Alamat: Pantai Teluk Cempedak, Pahang

Harga: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

 

2. Taman Esplanade Kuantan

Sumber: travelmalaysia

 

Joging kat Taman dekat kawasan rumah dah bosan dah, apa kata korang tukar lokasi tu. Kat Kuantan ni kita ada Taman Rekreasi yang sangat cantik dan luas untuk korang pergi berjoging atau bersenam. Bagi korang yang mempunyai anak-anak kecik pun boleh bawa ke sini untuk bersuka ria.

Alamat: Taman Esplanade Kuantan, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Harga: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

 

3. Santuari Penyu Cherating

Sumber: Maisinggah

 

Biasa main kucing kat rumah je? Jom tengok haiwan yang korang akan rasa lebih menarik, di mana? Di Santuari Penyu Cherating, kat sini korang boleh melihat pelbagai jenis penyu. Sambil-sambil korang berjalan kat sini, korang juga boleh belajar tentang sejarah atau anatomi penyu dengan melihat poster ataupun gambar informative mereka di sana.

Alamat: Santuari Penyu Cherating, KM 45, Jln Kuantan - Kemaman, Bukit Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

Harga: Percuma

Waktu Operasi: 9.30am – 4.30pm (Isnin Tutup)

 

4. Kuantan City Mall

Sumber: Pahang

 

Adakah anda suka dengan berbelanja sakan? Pergi bercuti kat Negeri lain, tetapi tidak dapat tahan nafsu untuk membeli belah? Kuantan City Mall adalah tempat yang anda harus pergi untuk melepaskan gian anda untuk membeli belah.

Alamat: Kuantan City Mall, Jalan Putra Square 6, 1, Level 5, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang

Harga: Percuma

Waktu Operasi: 10am – 10pm

 

5. Taman Tasik Bandar Kuantan

Sumber: Taman Tasik Bandar Kuantan

 

Dah puas membeli belah?? Jika dah, mari kita merehatkan minda dengan melepak di Taman Tasik Bandar Kuantan ini, Kat sini korang boleh menikmati pandangan matahari terbenam yang cantic di tepi tasik tersebut, jika korang adalah Jurugambar Profesional ini adalah lokasi bonus untuk anda menangkap gambar.

Alamat: Taman Tasik Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Harga: Percuma

Waktu Operasi: 24 Jam

 

Amacam geng? Cuti sekolah dah bermula, inilah masanya untuk korang plan trip korang untuk bercuti bersama rakan ataupun ahli keluarga korang ;) jangan lupa juga untuk menjaga SOP dan amalkan penjarakan sosial setiap kali berada di tempat yang sesak.

 

Tambahan lagi, jika anda telah merancang untuk bercuti di Kuantan dan menginginkan tempat untuk stay sepanjang percutian korang, korang boleh stay kat kita punya Sun Inns Hotel Kuantan di Pahang ;) harganya sangat murah dan berpatutan. Harga bilik di sini bermula dengan harga RM60 Sahaja !!!!