Posted on November 30th, 2021
Di dalam artikel kali ini, admin ingin berkongsi 5 lokasi di Malaysia yang wajib anda lawati apabila tiba musim cuti. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.
1. Pintu Wang Gunung
Sumber: pokokkelapa.wordpress
Pintu Wang Gunung setinggi 499.1 meter mempunyai keistimewaan tersendiri dengan terletak di sempadan antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Pastikan anda mendaki awal pagi supaya tidak terlalu panas apabila sampai ke puncak dan anda akan disambut dengan pemandangan indah kawasan Thailand.
Address:
Trail Pintu Wang Gunung,
01000 Kangar, Perlis
2. Tasik Cermin, Perak
Sumber: orangperak
Tasik cermin merupakan tempat yang sangat menarik dan wajib dilawati jika anda ke Ipoh, Perak. Ia merupakan sebuah tasik yang tersembunyi disebalik gunung atau bukit yang tinggi. Walaupun tidak diiktiraf sebagai tarikan pelancongan, tasik ini telah menerima banyak pengiktirafan kerana pergunungan batu kapur yang cantik dan kehijauan di sekitarnya. Kalau Tuan/Puan nak singgah dekat Perak, tekan link ini check in dekat Hotel Sun Inns Meru Raya atau Sun Inns Tambun untuk mendapati RM 15 OFF. http://www.suninnshotel.com.my/reservation/room_types
Address:
Tasik Cermin,
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
31350 Ipoh, Perak
3. Hounon Ridge Farm, Bundu Tuhan, Sabah
Sumber: Tempatmenarik
Hounon Ridge, Bundu Tuhan Tawarkan Pemandangan Indah. Sekiranya anda berada di Sabah, anda harus cuba menginap di Hounon Ridge, Bundu Tuhan. Ditempatkan di Ranau, ia merupakan sebuah homestay persendirian yang dikelilingi oleh pemandangan indah Gunung Kinabalu yang menakjubkan pada waktu siang. Di samping itu, dapat melihat bintang tanpa pencemaran cahaya pada waktu malam, Terdapat juga pilihan lain dimana pengunjung boleh memilih untuk berkhemah di persekitaran tempat penginapan. Terdapat juga tempat untuk berpanggang yang telah disediakan untuk kemudahan anda sekiranya anda teringin untuk melakukan aktiviti BBQ.
Address:
Hounon Ridge Farmstay & Camping,
Kg. Himbaan,
Bundu Tuhan,
89308 Ranau, Sabah
4. Kwai Chai Hong, Kuala Lumpur
Sumber: Malaymail
Walaupun Kwai Chai Hong kini telah menjadi tarikan pelancongan, ia masih kekal sebagai permata tersembunyi yang masih belum ditemui oleh rakyat Malaysia.
Terletak hanya dalam jarak berjalan kaki dari Chinatown, Kwai Chai Hong ialah jalan yang indah yang dipenuhi dengan pelbagai warna-warni dan karya seni yang menarik perhatian. Jalan ini juga menjadi tumpuan bagi mereka yang gemar kafe. Tuan/Puan boleh singgah dekat Sun Inns Sentral untuk dapai harga bilik yang istimewa. http://www.suninnshotel.com.my/reservation/room_types
Address:
Kwai Chai Hong,
Lorong Panggung, City Centre,
50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Pantai Senok, Kelantan
Sumber: Tempakmenarik
Dikenali sebagai Pulau Nami Malaysia, Pantai Senok terkenal dengan pokok pain tinggi yang hampir sama yang terdapat di Korea Selatan.
Menurut The Malaysian Reserve, pokok pain itu pada asalnya ditanam oleh Jabatan Perhutanan Kelantan bagi mengelakkan hakisan pantai dan banjir. Selama bertahun-tahun, apabila pokok pain semakin tinggi, mereka juga akhirnya menjadi tempat yang bagus dan teduh untuk penduduk tempatan bersantai dan berkelah. Tuan/Puan boleh visit Cerana Villa http://www.suninnshotel.com.my/reservation/room_types untk dapati experience yang baik dekat Kota Bharu
Address:
Pantai Senok,
16020 Kota Bharu,
Kelantan
Happy travelling semua.