5 DESTINASI TERBAIK DI KUALA LUMPUR

Posted on November 23rd, 2021

5 DESTINASI TERBAIK DI KUALA LUMPUR

5 DESTINASI TERBAIK DI KUALA LUMPUR

Ibu Kota Malaysia, ialah Kuala Lumpur merupakan sebuah kota yang terbesar di Malaysia. Di sinilah, anda perlu tahu 5 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi bersama keluarga,
jom kita kenali kota yang dipenuhi tempat sejarah dan mewarnai pandangan anda!
 

1. Suria KLCC

Sumber: istockphoto

Suria KLCC merupakan pusat membeli belah yang mempunyai lebih 270 buah kedai dari grocery store seperti Cold Storage sehingga barangan berjenama seperti Zara, Coach dan Fendi. Selain itu, pemandangan dari mall ini anda dapat menyaksikan pemandangan di sekitar Taman KLCC dan juga Lake Symphony.


2. Tugu Negara

Sumber: Tugu Negara

Tugu Negara yang berdiri megah di Kuala Lumpur yang berhampiran dengan bangunan Parlimen bukan sekadar perhiasan malah melambangkan kehormatan negara kepada perwira yang mengorbankan nyawa demi mencapai kemerdekaan Negara Malaysia. Anda akan menghargai jasa pahlawan-pahlawan yang tidak gentar mempertaruhkan nyawa demi tanah air Malaysia.


3. Berjaya Times Square

Sumber: Wikipedia

Berjaya Times Square Theme Park adalah taman hiburan dalaman dari tingkat 5 hingga tingkat 8 dan dianggap sebagai "tempat tertutup terbesar di Asia. Yang bestnya lagi, dalam pusat membeli-belah ini juga terdapat taman tema indoor yang memiliki banyak permainan yang menyeronokkan termasuklah roller coaster. Ya, roller coaster di dalam bangunan, cukup menarik dan menyeronokkan untuk semua para pengunjung yang datang seperti anda.


4. Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Sumber: Wikipedia

Stesen Keretapi dibina pada tahun 1910 oleh A.B Hubbock (Arthur Benison Hubback). Stesen 
ini pernah digunakan untuk menerima kereta api dari Utara Malaya dan Singapura sehinggalah KL Sentral mengambil alih tugas pada tahun 2001. Selain itu, stesen ini telah dinaiktaraf sehingga hari ini, manakala bangunan bersejarah ini  masih lagi menjadi kunjungan kepada pelancong. Ia merupakan antara lokasi bergambar yang popular di sekitar Kuala Lumpur setanding dengan lokasi-lokasi tarikan lain di sekitarnya seperti Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam dan tempat-tempat menarik lain yang terdapat di Taman Tasik Perdana.


5. Hutan Simpan Bukit Nenas (Taman Eko Rimba KL)

Sumber: Wikipedia

Hutan Simpan Bukit Nenas ini adalah hutan simpan yang paling tua di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai ‘green lung’ Kuala Lumpur kerana terletak di tengah-tengah bandaraya metropolitan yang dipenuhi bangunan tinggi. Sebagai hutan yang tertua di semenanjung, anda dapat melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sini, bagaikan jauh dari kota.
Anda boleh ke sini bersama keluarga kerana hutan ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pondok untuk bersantai, padang permainan, tempat berkhemah dan laluan joging. Bolehlah anda merancang bersama keluarga untuk merasai keseronokkan tempat ini.