Menurut Berita Harian, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras ketika membantu mangsa banjir kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Gambar diatas menunjukkan situasi di mana selepas sahaja mangsa diangkat ke tepi jalan untuk diberikan bantuan kecemasan. Allahyarham dikejarkan ke Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 3:11 pagi.
Pemergian Allahyarham juga turut mendapat perhatian pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mempertimbangkan kenaikan pangkat Allahyarham kepada Pegawai Bomba Kanan (PBK) II.
Demi menghormati pemergian Allahyarham, mari kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah.