10 TEMPAT YANG ANDA PASTI LAWATI KEMBALI SELEPAS MELANCONG DI MELAKA

Posted on October 16th, 2021

10 TEMPAT YANG ANDA PASTI LAWATI KEMBALI SELEPAS MELANCONG DI MELAKA

10 TEMPAT YANG ANDA PASTI LAWAT KEMBALI SELEPAS MELANCONG DI MELAKA

 

Hari ini saya akan bawa anda untuk berkunjung ke tempat menarik di negeri Melaka, Let’s GO!!

 

1. Serama Adventure Park

Sumber: Jelajah Maya

Bagi anda yang menggemarkan suasana mengembara, Serama Adventure Park yang terletak di Alor Gajah adalah tempat bagi anda yang gemar terhadap suasana pengembaraan ini.

 

2. Taman Botanikal Melaka

Sumber: HolidayGoGoGo

Minat suasana yang senyap dan tenang seperti di dalam hutan yang aman? Taman Botanikal Melaka adalah tempat yang sesuai bagi anda.Tempat ini juga adalah tempat yang panas “Hotspot” bagi orang untuk berjoging.

 

3. Encore Melaka

Sumber: The Sun Daily

“Sejarah, Membosankan” perkataan yang selalu didengari ketika waktu belajar mata pelajaran sejarah. Apa kata kita ubah dari baca buku pergi ke persembahan tentang sejarah, kan lebih mengagumkan. Jadi kepada korang yang minat atau pun tak minat tentang sejarah ni, apa kata korang try pergi ke Encore Melaka. Korang akan dapat mempelajari sambil terhibur dengan persembahan mereka ini.

 

4. Zoo Melaka

Sumber: Berita Harian

Korang tahu tak, yang Zoo Melaka ni adalah Zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara? Dengan lebih daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilea dan amfibia korang pasti tak akan jemu berjalan-jalan dekat sini. Antara tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.

 

5. World’s Bees Museum

Sumber:Malaysia Traveller

Biasa pergi dekat muzium tentang Sejarah Malaysia dan Sejarah Dunia sahaja? Apa kata kita ubah sikit, kita pergi ke muzium lebah. Dekat tempat ini korang boleh memahami dengan lebih mendalam tentangan atomi lebah, cara lebah membuat madu, dan macam-macam lagi.

 

6. Air Terjun Asahan

Sumber: Ibu Syurga

Dah penat berjalan-jalan, jom kita relaks sekejap dekat Air Terjun Asahan ini. Confirm tertidur dekat tepi, dengan bunyi air terjun dan suasana yang tenang di hutan, Memang cukup memuaskan.

 

7. Taman Ekstrem Tasik Chin Chin

Sumber: MelakaCool

Orait, dah puas relaks? Jom kita pergi bersukan semula.Tempat seterusnya adalah Taman Ekstrem Tasik Chin Chin. Berbagai aktiviti sukan lasak yang boleh dilakukan disini. Seperti Flying Fox, Berkayak, dan bermacam-macam lagi

 

8. Kompleks Falak  Al-Khawarizmi

Sumber: Sinar Harian

Bagi peminat astronomi/angkasa lepas, tempat ini adalah salah satu tarikan yang anda tidak boleh lepaskan. Kompleks ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu, zon system suria, zon tamadun Islam, zon penerokaan angkasa lepas dan zon langit malam.

 

9. Crazy Racing Melaka

Sumber: Jom Jalan

Berminat dengan kelajuan? Crazy Racing Melaka akan memberikan apa yang anda mahukan.Di sini, anda boleh memilih daripada 2 jenis go-kart yang disediakan iaitu samaada go-kart 200 cc atau go-kart 270 cc. Tak berminat berlumba di tengahpanas? Chill.. Crazy Racing Melaka ini buka sampai tengah malam.

 

10. Masjid Cina

Sumber: Berita Harian

Di Melaka anda juga boleh melawati tempat yang unik seperti Masjid Cina.Masjid ini direka dengan seni bina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina.

 

Dah tau mana nak pergi lepas ni? Alang-alang korang singgah dekat Melaka tu, korang boleh Check- in di hotel kami iaitu Sun Inns Hotel Ayer Keroh dan Sun Inns Hotel Kota Laksamana. Macam mana? Senang je tekan sahaja link ni, pilih hotel di Melaka ;) Sun Inn Hotel International