Air Selangor (SYABAS) telah mengeluarkan pernyataan dimana akan terdapat gangguan bekalan air di 998 kawasan di Klang Valley.
Sumber: Mypt3
Gangguan bekalan air ini akan bermula pada 13 Oktober 2021 ini dan akan berlanjutan selama 4 hari.
Air Selangor (SYABAS) menyatakan bahawa, mereka akan menaiktaraf dan menyelenggara saluran air mereka di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Sumber: Orangkata.my
Peringatan lagi daripada Air Selangor (SYABAS), gangguan bekalan air mungkin akan bermula pada 13 Oktober seawal pukul 9 pagi di kawasan-kawasan yang terlibat.
Air Selangor (SYABAS) juga akan mengerahkan 105 Lori Tangki Air untuk dibekalkan kepada kawasan-kawasan yang terjejas. Lori-lori ini akan lebih tertumpu kepada kawasan yang memerlukan seperti hospital dan klinik.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan kawasan yang terjejas, tempat pengambilan air, dan pili air awam, anda boleh pergi ke Air Selangor Henti Tugas online portal.
Tetapi jangan risau, di hotel kami terdapat tangki simpanan air yang mencukupi bagi penginap di Hotel Sun Inns di kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.
Peringatan mesra, sila jaga SOP dan kekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain ketika mengambil air : )